Cari Blog Ini

Rabu, 26 Oktober 2011

10 Ciri Suami Mithali


Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak,mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?
1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda. 
Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.
2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.
Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.
3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’. 
Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.
4. Elakkan terlampau banyak komplain. 
Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Iniadalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.
5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda. 
Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.
6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda. 
Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.
7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.
Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.
8. Jangan merendahkan keinginan dia. 
Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.
9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.
Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?
10. Pesanan Rasulullah S.A.W.
Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.
kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Sumber: http://mindatahwil.blogspot.com/

Lelaki Soleh Idaman Wanita


Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah “handsome kah aku?”, “adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?” dan seumpamanya.
Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :
1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?
2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?
3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?
4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?
5. Ikhlaskah aku dalam beramal?
6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?
7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?
8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?
9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?
10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?
11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?
12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?
13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?
14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?
15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?
16. Adakah aku seorang pemaaf?
Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita!

Wanita di Jadikan dari Tulang Rusuk Lelaki?


Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata,
“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”
Adakah ayat ini bermaksud bahawa wanita secara umumnya dijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk lelaki? Sebenarnya,di dalam A-Quran Allah menyatakan dengan jelas manusia sebenarnya berasal dari nutfah (iaitu air mani yang sedikit) yang bercampur dengan benih wanita, kecuali nabi Adam yang berasal daripada tanah. Berhubung dengan ini dalam surah Al-Haj ayat 5 Allah menjelaskan
“Wahai manusia apabila kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) kami menciptamu dari tanah , dan kemudian daripada nutfah.”
Oleh kerana kenyataan Al-Quran berhubung dengan kejadian manusia begitu jelas sekali, hadis tidak dapat mencanggahinya. Jesteru hadis ini, yang menyatakan wanita berasal dari tulang rusuk lelaki, tidak dapat ditafsirkan dari bentuk yang mencanggahi Al-Quran. Sebenarnya, fokus hadis ini bukannya berkenaan asal-usul kejadian wanita sebaliknya berkenaan kepentingan menghormati dan menjaga wanita dengan baik. Jesteru, di dalam kitab Riadus Solihin, Imam Nawawi meletakkan hadis ini di dalam bab ‘Wasiat Untuk Menjaga Kaum Wanita Dengan Baik’.
Di dalam kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata,
“Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,”
dan bukan dicipta dari tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain sebagaimana wanita berbeza dari kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya jesteru tulang rusuk tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi masalah. Begitu juga dengan wanita, tanpanya kehidupan tidak sempurna. Kaum wanita adalah cantik dalam keadaan semulajadinya walaupun dalam aspek-aspek tertentu mereka berbeza dari kaum lelaki. Pihak lelaki perlu menerima wanita dengan sifat semulajadinya dan tidak boleh bersikap keras terhadap mereka. Mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada peranannya dan kadang kala peranan itu berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan peranan tidak melambangkan kehinaan.
Berbalik kepad isu berkaitan kejadian kaum hawa daripada tulang rusuk kaum lelaki, sebahagian ulama berpendapat hadis ini membicarakan berkenaan hawa secara khusus. Mengikut pandangan mereka, hawa berasal daripada tulang rusuk Adam. Antara ulama yang berpegang dengan pandangan ini ialah sahabat Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Mas’ud, Imam Mujahid, Ibnu Al-Munzir, Ibnu Humaid dan ramai lagi. Namun, apabila Al-Quran dirujuk mengenai perkara ini, kita tidak menemui sebarang dalil yang menyokong pandangan ini. Sebagai contoh, berhubung dengan kejadian Hawa, dalam surah An-Nisa’ ayat 1 Allah menjelaskan dengan bermaksud,
“Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang mencipta kamu dari diri yang satu (iaitu Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.”
Dalam ayat ini dan yang seumpamanya kejadian hawa tidak langsung dikaitkan dengan tulang rusuk Nabi Adam.
Sebenarnya, Al-Quran lebih mementingkan supaya kualiti dan maruah wanita dipelihara dan tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak. Dalam islam wanita dan lelaki adalah sama di sisi Allah sebagai hamba-hamba Allah. Sekiranya seorang wanita beriman dan beramal soleh dia diberi ganjaran yang tinggi dan diletakkan di tempat yang tinggi. Dalam surah Al-Imran ayat 195, Allah menyatakan yang bermaksud,
“Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amalan orang yang beramal antara kamu baik dia lelaki ataupun wanita kerana sebahagian kamu adalah keturunan daripada sebahagian yang lain.”
Tambahan daripada itu, Allah tidak pernah menghina ataup un memuliakan makhluk-makhluknya berdasarkan jantinanya. Sebaliknya kemuliaan seseorang adalah berdasarkan ketakwaannya. Berhubung dengan ini, dalam surah Al-Hujurat ayat 13 Allah menjelaskan,
“Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa antara kamu,”
Hal ini adalah utama untuk difahami dan dihayati.

Darjat Seorang Isteri


1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.
2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.
4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.
Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:
“Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada’. Para nabi dan syuhada’ iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah.

Doa Seorang Ibu


Nabi Musa AS bermunajat kepada Allah SWT, “Ya Allah, tunjukkanlah siapa yang akan menjadi kawanku kelak di surga?”, kemudian Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Musa, “Wahai Musa, orang pertama yang melewati engkau di jalan ini dialah kawanmu di surga”.
Tepat setelah itu, seorang pemuda lewat di depan Nabi Musa, maka beliau mengikutinya untuk mengetahui apa amalan pemuda tadi sehingga dia mendapat kedudukan mulia di surga, berdampingan dengan para Nabi. Beberapa langkah berlalu, kemudian si pemuda memasuki sebuah rumah, dia duduk bersimpuh di depan seorang wanita tua, lalu mengeluarkan sepotong daging dan memanggangnya, kemudian setelah cukup matang dan lembik dia menyuapi wanita tua itu dengan pelan-pelan penuh kasih sayang. Setelah selesai dia menuangkan air ke mulut wanita itu dan keluar.
Nabi Musa bertanya, “Demi Kebesaran Allah, siapakah wanita ini?” Si pemuda yang belum tahu siapa yang bertanya ini menjawab, “dia adalah ibuku”. Nabi Musa bertanya lagi, “Apakah dia tidak mendoakan kamu?”, “Ya, dia selalu mendoakan saya setiap hari dengan satu doa, tidak pernah diganti dengan doa lain”, jawab pemuda itu.
“Apa doa yang dipanjatkannya?”, Tanya Nabi Musa lebih lanjut. Dia menjawab, “Ibuku itu berdoa, Ya Allah jadikanlah anakku ini bersama Musa bin ‘Imran di surga”. Nabi Musa senang dengan doa ini dan terlihat kegembiraan menyelimuti wajah beliau, lalu berkata, “Wahai pemuda, bergembiralah, Allah telah mengabulkan doa ibumu, akulah Musa bin ‘Imran”.
Jika kita menyimak kisah ini, tentunya dapat ditarik sebuah kesimpulan, bahwa anak yang berbakti kepada orang tuanya terutama ibu, pasti akan mendapat balasan yang layak baginya, iaitu syurga. Begitulah kita mengetahui, bahawa syurga berada di bawah telapak kaki ibu. Dan ibu kepada anaknya pasti dikabulkan oleh Allah.
“Doa orang tua untuk anak seperti doa para Nabi untuk umatnya”.

Sumber: http://madinatulilmi.com

Bidadari Di Syurga


Al-Qur’an menceritakan sifat-sifat bidadari adalah seperti berikut :
1. “Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jeli matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.” (Qs. Ash-Shaaffaat [37]: 48-49)
2. “Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.” (Qs. Shaad [38]: 52)
3. “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 56)
4. “Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 58)
5. “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 70)
6. “(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 72)
7. “Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 74)
8. “Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 76)
9. “mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli.” (Qs. Ath-Thuur [52]: 20)
10. “Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik.” (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 22-23)

Ayat Seribu Dinar


Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3 :
Firman Allah SWT yang bermaksud :

{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.
Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Al-Quran itu adalah penawar. Kajilah Mukjizat Rasulullah S.A.W ini kerana banyak lagi kelebihan-kelebihan yang masih belum di terokai.

Sumber: http://ibnismail.wordpress.com/

10 Surah-Surah Mustajab – Antara Mukjizat Al-Quran


Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki.
1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.2. SURAH YAASINTelah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

RAHSIA SURAH AL – KAUTHSAR


RAHSIA SURAH AL – KAUTHSAR
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Kejadian Bumi Di Dalam AL-Quran


Zakaria Awang Soh menulis berhubung dengan asal mula alam semesta ini bermula daripada satu bahan yang tunggal dan homogen iaitu sama dengan bahan kamilan padu yang dinyatakan dalam Surah Al-Anbiya ayat 30. bahan ini mempunyai keamatan yang amat tinggi dan tidak terhingga. Asimov [1982] menyatakan: “ pada tahun 1927, ahli matematik Belgium Abbe Georges Edouard Lemaitremenyarankan bahawa semua jirim asalnya datang daripada satu telur cosmos yang mempunyai kepadatan yang amat sangat, yang meledak dan melahirkan alam semesta yang kita ketahui pada hari ini.
Teori Big Bang ini tidak dipersetujui oleh ramai saintis. Mereka mempersoalkan jika ada letupan mesti ada kesan radiasinya?. Pada tahun 1992, NASA telah melancarkan sensor yang sangat peka COBE ke ruang angkasa bertujuan mencari kesan tersebut dan ia berjaya menangkap beberapa gambar bukti bahawa wujudnya ksan radiasi tersebut dan telah menafikan teori-teori sebelum ini. Penemuan terbaru ini merupakan penjelasan secara ilmiah bagi fakta bahawa alam semesta ini terjadi dari asal ketiadaan. Fakta yang baru ditemui ini sebenarnya telah dikhabarkan kepada kita 1400 tahun lampau di dalam Al-Quran. Jawapan tepat hanya pada Pencipta-Nya iaitu Allah.“ Dan tidakkah orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum [sebagai benda yang satu], lalu kami pisahkan antara keduanya?. Dan kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”. Al-Quran 21:30 (Surah Al-Anbiya)
“[Ingatlah] pada hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran kertas. Sebagaimana Kami memulai penciptaan pertama, begitulah kami akan ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh kami, sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.”Surah Al-Anbiya’ ayat 104.
“Aku tidak menghadirkan mereka untuk menyaksikan penciptaan langit dan bumi dan tidak pula penciptaan diri mereka, dan tidaklah Aku mengambil orang-orang sesat itu sebagai pembantu.” Surah Al-Kahfi ayat 51
ALAM SEMESTA MENURUT QURAN



Quran secara explicit menyatakan bahawa alam semesta ini dijadikan oleh Allah Taala. Ayat Quran Surah Al-Sajdah ayat 4 menyebut:
“ Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy”.
Konsep hari yang disebut dalam ayat di atas sebanyak enam tidak merujuk kepada hari seperti yang difahami oleh kita pada hari ini. Ia merujuk kepada hari yang sesuai dengan masa mula alam ini terjadi dan berakhir dalam ketentuannya yan tersendiri. Hal ini dijelaskan oleh Syeikh Fadhlalla Haeri seperti berikut: “ Yawn is a day, a day is a sequence in time that has a beginning and an end and has it own particular characteristics. A day from the Quranic point of view is a period of a different states. The morning is different from the afternoon and the beginning is different from the end.”
S.A. Mabud menegaskan bahawa konsep enam hari [sittati ayyam] yang di sebut dalam ayat di atas merujuk kepada hari dan masa di sisi Allah Taala, bukannya seperti fahaman kita hari ini. Ia boleh jadi lama dan boleh jadi singkat.
Benarlah ketika Allah menyebut dalam firman-Nya. “ Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit ketika itu masih merupakan asap..” [ Fussilat 41:11].
Istilah ‘dukhan’ merujuk kepada sesuatu yang terhasil berupa asap, Kabus ataupun gas. Jadi ayat di atas antara lain memberi penjelasan tentang asal langit itu berupa asap atau gas. Daripada bahan-bahan inilah terbentuknya langit dan kemudiannya di pisahkan. Ayat Quran 21: 3 menyebut:
“ Tidakkah orang-orang kafir itu mengetahui bahawa langit-langit dan bumi asalnya satu gumpalan, lalu kami pisahkan antara keduanya, dan kami jadikan dari air itu segala sesuatu yang hidup, apakah mereka tidak beriman?”.Menurut ayat di atas, semua zat benda yang ada di bumi dan di langit [matahari, bulan, planet-planet serta bintang-bintang] semuanya berasal dari satu benda, kemudian dipisahkan ole Allah lalu menjadi benda-benda cosmos. Ini juga membawa erti bahawa bahan-bahan asas yang ada di alam ini mengandungi unsur-unsur yang sama. [A.R. Syahab, Assamawaat, penerbit C.V. karunia,1977, hlm. 107.] Perbezaan yang berlaku adalah setelah bahan-bahan asas itu bertindak balas dalam masa yang lama dan berubah menurut kesesuaian tempatnya tanpa menghilangkan bahan asasnya sama sekali.
Kenyataan ayat di atas di sokong oleh penemuan saintifik sejak akhir-akhir ini. Prof. Yoshida Kozai, Pengarah Kaji Bintang di Tokyo mengungkapkan bahawa langit berasal daripada asap [dukhan]. Fenomena ini sudah dilihat kini dengan adanya satelit dan kapal angkasa yang dilancarkan untuk mengambil gambar-gambar tersebut secara lebih dekat. Daripada gambar sebuah bintang di langit ketika dalam proses dalam pembentukannya, terdapat di tengah-tengahnya asap yang menjadi bahagian bersinar daripada bintang tersebut. Di sekeliling bintang tersebut terdapat asap dan mengitari asap tersebut terdapat pula garis merah sebagai penunjuk bahawa suhu di situ sangat tinggi. Sebelumnya saintis menduga bahawa lagit berasal dari kabus tebal. Andaian tersebut tertolak sebab kerana sifat kabus adalah dingin dan beku sementara sifat asap adalah panas dan bergerak. Profesor ini terkejut apabila dihujahkan kepadanya bahawa kenyataan tersebut telahpun diungkapkan oleh Quran sejak lebih 1400 tahun lalu.
Peristiwa yang sama berlaku kepada Dr. Astrokh salah seorang pakar daripada NASA. Beliau berkata: “Kami telah melakukan banyak percubaan terhadap logam-logam yang ada di bumi. Tetapi satu-satunya logam yang membingungkan saintis sehingga kini ialah besi. Sifat kimianya memiliki ciri khusus. Untuk menyatukan atom elektron dan proton yang terdapat pada besi itu memerlukan kekuatan yang dahsyat yang mencapai 4 kali kekuatan yang ada pada panas matahari. Oleh kerana itu tidak mungkin besi tercipta di bumi, dan pasti memerlukan unsur asing yang datang ke bumi”. Apabila dibacakan kepadanya ayat Quran: “ Dan Kami turunkan besi yang ada padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia”. Surah Al-Hadid 57:25. Beliau berkomentar, “Kalimah ini tidak mungkin berasal dari ucapan manusia”.

Rasulullah & Saintis


“Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.
Hadis ini benar-benar pelik. Bolehkah lalat yang dikenali sebagai binatang pengotor mempunyai penawar kepada penyakit yang dibawanya?
Secara Logik
Lalat memang dikenali sebagai binatang pengotor dan pembawa penyakit. Hal ini sepertimana yang telah diterangkan dalam hadis di atas ‘sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyakit’. Namun perlu difikirkan kenapakah kekotoran, iaitu merujuk kepada pelbagai jenis bakteria yang terdapat pada tubuh badan lalat ini tidak mengakibatkan penyakit kepada lalat itu sendiri?
Jawapannya adalah kerana lalat memiliki daya tahanan badan semulajadi yang menghasilkan sejenis toksin yang bertindak sebagai penawar (antidote) yang memelihara dirinya daripada bahaya bakteria-bakteria tersebut.
Secara Saintifik
Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.
Sitoplasma dapat membunuh kuman dari lalat
Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.
Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.
Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.
Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Tokoh-Tokoh Sains Islam


Memandangkan kami mendapat banyak komen yang tidak setuju dengan pos-pos mengenai Yahudi yang menyatakan seperti kami mengagkat martabat mereka, jadi kami bawakan tokoh-tokoh islam yang telah banyak membantu dalam membina tamadun dunia sekarang. Bukan maksud kami untuk mengagungkan yahudi dengan pos-pos tersebut. Kami hanya mahu menunjukkan perkara-perkara yang boleh di contohi di mana ada sesetengah perkara yang di amalkan yahudi adalah seperti yang di tuntut islam. Kami akan cuba mencari sumber-sumber tokoh-tokoh islam di zaman moden untuk di perkenalkan juga di sini. Selamat membaca!
Jabir ibn Hayyan/ Geber (sekitar 103H/721 M-200 H/815 M)Pelopor Ilmu Kimia Islam, seorang sufi dan syiah. Karya utama: Seratus Dua belas Buku, Tujuh Puluh Buku, Buku Kesetimbangan. Menulis juga tentang: logik, filosofi, ilmu medik, guna-guna (occult), fizik, mekanik, dan bidang-bidang lain.
Abu Yusuf Ta’qub ibn Ishaq al-Kindi/alkindus (sekitar 185 H/801 M-260 H/873 M)Filosofi arab pertama, pendiri mazhab peripatetik Islam Menguasai bahasa syria, yunani. Menulis 270 makalah tentang: logik, filosofi, fizik, matematik, muzik, ubat-ubatan dan kehidupan binatang.
Hunain ibn Ishaq/ Joannitius (184 H/810 M-263 H/877 M)Cendekiawan Kristen Penerjemah karya-karya Yunani dan Syiria ke dalam Bahasa Arab. Seorang dokter. Menulis karya tentang: astronomi, meteorologi, dan filosofi
Tsabit ibn Qurrah (211 H/826 M atau 221 H/836-288 H/901 M)Ahli matematik, astronomi. Menulis juga tentang: astronomi, teori bilangan, fizik dan cabang matematik lainnnya. Penerjemah besar Teori “getaran” (trepidation) sangat berpengaruh di abad pertengahan Barat.
Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi /algorime (w. 249 H/863 M)Ahli matematik terbesar Islam. Karya: al-jabar (al-jabr wa al-muqabalah) Penulis tentang geografi dari kalangan muslim yang pertama.
Muhammad ibn Zakariya al-Razi/ Rhazes (sekitar 251H/ 865 M-313 H/925 M)Doktor klinik terbesar Islam, ahli filosofi dan ahli kimia Karya mediknya: al-Hawi (pengendalian diri), naskah tentang cacar dan Campak (De Pestilentia/De Peste). Karya Kimia: Rahasia Segala Rahasia
Abu Nasr al-Farabi/Alpharabius (sekitar 258 H/870 M-339 H/950 M)
Ahli filosofi, Muslim pertama yang mengklasifikasi sains, ahli teori muzik, dan seorang sufi. Menulis juga tentang fizik, matematik
Abu al-Hasan al-Mas’udi (w 345 H/956 M)
Tokoh ensoklopedik Sejarawan, ahli geografi, ahli geologi dan ahli zoologi. Karya: Padang Rumput Emas dan Tambang Batu Permata
Abu Ali al-Husain ibn Sina/Avicenna (370 H/980 M-428 H/1037 M)
Gelar: Syaikh al-Rais Ahli ilmu kedoktoran, filosofi, dan teologi Karya utama dalam ilmu kedoktoran: Qanun, dan Kitab al-Syifa
Abu Ali al-Hasan ibn al-Haitsam/ alhazaen (sekitar 354H/965 M-430 H/1039 M)
Ahli fizik. Menulis juga tentang matematik, fizil, astronomi, ilmu medik dan bidang-bidang lainnya. Karya utama: Optics
Abu Raihan al-Biruni (862 H/973 M-sekitar 442 H/1051 M)
Karya: India (tentang agama hindi, sains dan adat istiadat India abad pertengahan) Kronologi Bangsa Kuno (tentang penanggalan dan hari-hari raya berbagai bangsa) Qanun (dalam astronomi), dan Elemen Astrologi. Tulisan lainnya tentang fizik, geografi, matematik, mineralogi, astronomi dan astrologi.
Abu al-Qasim Maslamah al-Majrithi (W. sekitar 398 H/1007 M)
Ahli kimia yang menulis juga tentang astronomi, matematik.
Abu Hamid Muhammad al-Ghazali/Algazel (450 H/1058-505-1111 M)
Ahli teologi dan sains agama Karya utama: Ihya ulum al-Din Menulis juga tentang logik dan filosofi (Maqshid al-falasifah, Tahafuth al-falasifah).
Abu al-Fath Umar ibn Ibrahim al-Khayyami (Umar Khayyam)
Sufi, gnostik, dan penyair besar. Ahli matematik, filosofi. Menulis juga tentang bidang geometri, fizik, sastra (rubaiyyat)
Abu al-Walid Muhammad ibn Rusyd/ Averroes(520 H/1126 M-595 M)
Ahli hukum agama, kedoktoran dan filosofi
Nashiruddin al-Thusi (597 H/1201 M-672 H-672 H/1272 M)
Ahli astronomi, matematik, teologi, filosofi.
Quthbuddin al-Syirazi (634 H/1236M-710 H-1311 M)
Komentator Qanun, karya medik Ibn Sina. Karya tentang optik, geometri, astronomi, geografi, filosofi dan ilmu agama. Karya ensikopedik tentang fizik dan atronomi.
Abd al-Rahman Abu Zaid ibn Khaldun (732 H/1322 M-808 H/1406 M)
Tulisannya tentang matematik, teologi, dan metafizik. Karya terbaiknnnya tentang sejarah. Dikenal sebagai ahli ilmu humaniora dan kebudayaan. Karya: Kitab al-‘Ibar (judul lengkap: Contoh dan Catatan tentang asal peristiwa mengenai bangsa Arab, Persia, barber, dan orang sezaman mereka, yang mempunyai kekuasaan besar), selain mengupas tentang afrika Utara diawali dengan Muqaddimah.
Baha’ al-addin al-Amili (953 H/1546M-1030 H/1621)
Ahli teologi, sufi, matematik, arkitek, ahli kimia, ahli guna-guna (occultisme).

Sumber: Seyyed Hosein Nasr, Sains dan Peradaban di dalam Islam, (Bandung: Pustaka, 1997), h. 23-41 & http://ruhullah.wordpress.com

Kebaikan Cuka


Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
APA ITU KHAL? KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.
Kajian kepada kitab-kitab perubatan Islam juga ada menyatakan KHAL telah diamalkan sejak dari nabi-nabi dahulu sebelum Nabi Muhammad (saw) lagi. Masyarakat Babylon (sekitar 500 BC) juga telah menukar wain kepada KHAL dengan menggunakan buah anggur, kurma dan tin (fig). Hippocrates juga telah mengggunakan KHAL sebagai antibiotik dan tonik. KHAL juga digunakan oleh pejuang-pejuang silam bagi meningkatkan kekuatan badan. Selain orang Arab, KHAL telah dipraktikkan semenjak berabad oleh kebanyakan penduduk Eropah, Jepun, Cina dan India.

Kepada yang sudah terkena penyakit, Rasulullah (saw) pernah bersabda yang bermaksud:
“Setiap penyakit ada ubatnya”
Tetapi Rasulullah (saw) tidak menyatakan secara khusus penawar sesuatu penyakit, oleh yang demikina mari kita beramai ramai mengamalkan pemakanan cara nabi Muhammad SAW dalam masa yang sama kita mengamalkan “MAKANAN KESIHATAN SUNNAH PARA NABI-NABI” sebagai suatu ibadah dalam penyembuhan dan meneruskan warisan ulama’ perubatan Islam. Perlu diingat KHAL diamalkan secara meluas sejak turun temurun oleh bangsa Arab. Mungkin sebab tu sekor kambing makan pun tak kena darah tinggi.

Khasiat Khal Menurut Perubatan Islam:-
Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka :-
1. dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
2. membuang darah kotor & melancar aliran darah
3. mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
4. melancarkan pergerakan usus
5. merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
6. memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
7. menurunkan tahap kolesterol
8. mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
9. membakar kalori dgn cepati
10. membuang toksin
11. merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
12. penyerapan kalsium lebih sempurna – menguatkan tulang
13. mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
14. merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
15. mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan an yg pelbagai
16. melancarkan pengeluaran susu ibu
17. melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
18. memperbaiki fungsi limpa
19. menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan
Antara yang utama, cuka dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.

Kaedah Pemakanan
KHAL boleh diminum diminum dua kali sehari selepas makan pagi dan malam sebelum tidur. Sebelum diminumhendaklah terlebih dahulu dibaca Al-Fatihah (1x), selawat keatas Nabi (saw) (3x), mohon KHAL diberkati dan akhirnya mohon agar disembuhkan penyakit yang dialami.Jika masam boleh diminum dengan campuran madu.
KENAPA KHAL DARIPADA BUAH TAMAR (KURMA)?Khasiat kurma terlalu banyak untuk kesihatan badan. Di antara hadis Nabi saw ialah:
Terjemahannya: Terdapat di dalam hadis As-Shahih dari Nabi saw, “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Dikeluarkan oleh Imam Bukhari 10/203, dan oleh Imam Muslim)
Kebaikan buah tamar disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.

Diet Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W


Dalam aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat sepenuh keberkatan dan manfaat daripadanya.
Rasulullah SAW mengelakkan minuman susu bersama makanan berprotin dan melarang memakan campuran pelbagai jenis daging. Baginda SAW lebih banyak mengambil bijirin, sayuran dan buah-buahan kerana corak pemakanan sebegini adalah sihat dan berkhasiat seperti juga yang disarankan oleh pakar nutrisi pada hari ini.
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kadar lemak yang rendah. Justeru, pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan dan amat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang untuk kesihatan badan di samping memantapkan lagi sistem pertahanan badan seseorang.
Rasullulah SAW tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. Kita cubalah ikut cara diet Rasulullah SAW agar sentiasa sihat dan tidak mengalami sakit perut ataupun keracunan makanan.
Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.
Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.
Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi,  ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.
Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..

6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:
“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.
Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.
Al-Hakam Bin Uyainah berkata:
“Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”
7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.
Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.
Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan,
“Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.
Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,
” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.
8. Buah tamar
sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.
Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,
“Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.
9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.
10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).
Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.

11. Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan madu.
Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia mennghindar daripada segala penyakit.
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan”– (An-Nahl: 68-69)
12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air
dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan  dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan.
Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.
13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:
نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع
Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.
Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).
14. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.
15. Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.
– Doa sebelum makan;
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
“Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)
16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)
Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).
“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalamshahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).
17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.
18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersbda;
“Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”
19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.
Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.
20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur
kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan.  Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.
Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.
21. Berpuasa
 selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.
22. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.
Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyemprnaan ibadah yang bermutu.