Cari Blog Ini

Jumaat, 3 Disember 2010

PAHLAWAN NERAKA

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik.
Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama
lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke
markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah
berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang
baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu,
mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman.
Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar
membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut
ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata
salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab,
"Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan
mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang
dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat
berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu.
Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas
Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang
bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh.
Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke
atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus
membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan
akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan
musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai
orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya
sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman
ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi
hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh
kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau
tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.
MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH




Tiada ulasan:

Catat Ulasan