Cari Blog Ini

Jumaat, 24 Disember 2010

RUKUN ISLAM

KONSEP TAUHID

PENGERTIAN TAUHID:


MENGESAKAN ALLAH TUHAN YANG TIADA SEKUTU BAGINYA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT KESEMPURNAAN, KESUCIAN, KEBESARAN DAN KEADILAN.


PENGERTIAN IMAN:


KEYAKINAN YANG KUKUH DENGAN HATI, MENGAKU DENGAN LIDAH DAN MELAKUKAN DENGAN ANGGOTA.




RUKUN ISLAM.


1. MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH.


"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya".
Dengan Shahadah, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Mana Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya.


2. SOLAT LIMA (5) WAKTU.


Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah    kepadaNya.Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi SAW.


3. PUASA DIBULAN RAMADHAN.


Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan laranganNya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt.


4. MENUNAIKAN ZAKAT.


Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.


5. MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH.


Dengan mengerjakan haji, kita meyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

















 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan